Setelah lebih dua tahun, ‘ngauman’ Harimau Malaya kembali bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas ‘membaham’ Brunei 4-0, dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1, malam tadi.
Malaysia yang mendominasi perlawanan sejak minit pertama, membuka tirai jaringan apabila tandukan penyerang Muhammad Syafiq Ahmad menggegar jaring pada minit ke-16, selepas memanfaatkan sepakan sudut dari sebelah kiri oleh V. Ruventhiran.